Salam sejahtera kepada semua sahabat...
Seperti yang sahabat-sahabat Penjejak Emas sedia maklum bahawa harga emas setiap tahun sentiasa meningkat (purata 20%-30%). Ini menyebabkan ramai orang mengeluh kerana untuk memiliki emas , mereka terpaksa mengeluarkan wang yang banyak walhal harga 1 dinar sekalipun..
Hhhmm...Sekarang harga sekeping 1 Dinar sentiasa berubah-rubah mengikut harga emas semasa dunia. Mungkin ramai yang risau (tak risau bagi mereka yang banyak duit!!) untuk memilikinya. Tapi jangan risau atau gundah-gulana kerana sebenarnya kita mampu untuk memilikinya dengan melakukan satu perkongsian pintar. Yang saya maksudkan adalah dengan mengunakan konsep kutu.(Bukan kutu yang kat atas kepala tu...hehe ). Langkah pertama ada cuma perlu mencari rakan-rakan yang anda kenal dan percaya (kawan sepejabat@sahabat sejati@saudara mara) untuk menjalankan perkongsian pintar ini.
Sekiranya anda hanya menyimpan RM 100+- sebulan, maka anda perlu masa 7 bulan untuk membeli 1 dinar emas. Tapi mungkin selepas 7 bulan, anda terpaksa membayar lebih kerana kenaikan harga emas tersebut. Tetapi melalui konsep kutu emas ini, rakan-rakan perkongsian akan sama2 menyumbang dan berkongsi untuk membayar kenaikan harga emas tersebut. Kaedah kutu emas ini sesuai menggunakan 1 Dinar kerana ni je yang kita mampu....
Kaedah :
| No | Bulan | Harga Pasaran Emas (RM) (Anggaran) | Simpanan Seorang (RM)(Anggaran) |
| 1 | Mac | 670 | 95.71 |
| 2 | April | 700 | 100.00 |
| 3 | Mei | 730 | 104.29 |
| 4 | Jun | 760 | 108.57 |
| 5 | Julai | 790 | 112.86 |
| 6 | Ogos | 820 | 117.14 |
| 7 | Sept | 850 | 121.43 |
Jadi, setiap orang akan mendapat 1 keping dinar emas berharga RM721.43 sekiranya menyimpan RM108.57 setiap bulan secara purata setiap bulan selama 7 bulan. Sekarang terpulang kepada sahabat-sahabat untuk meneruskan konsep ini sehingga akhir tahun. Sampai setahun 2 bulan confirm setiap orang dapat simpan 2 keping 1 Dinar berketulenan 999.9 seberat 4.25 gram..Berbaloi- baloi....:) Sekian n jumpa lagi.
"Simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit....lama-lama lagi mungkin jadi gunung kot .hehehe...".


Kalau tengok harga bulan Mac telah bermain pada RM690 jadi kemunkinan ramalan anda lebih cepat kot hehehe taniah
ReplyDeletedari dealer ad1281