Saturday, May 14, 2011

Jom Bisnes Emas Besama GCP


Mulai 1 JUN 2011 bayaran pendaftaran utk menjadi pengedar akan dinaikkan kepada rm5000 (tertakluk kepada harga emas semasa). Bayaran ini adalah untuk pembelian set emas GCP (1 dinar GCP 999.9, 10g bar GCP 999, 10g Rantai tangan 999 dan kos pengurusan)

Wednesday, April 13, 2011

Emas!!! Pilihan anda YA @ TIDAK

  1. Alasan untuk mengatakan TIDAK kepada Emas
  2.  
    • Emas tidak membayar pendapatan atau bunga.
    • Kecuali untuk lima tahun terakhir, emas agak menurun setelah kemuncaknya pada tahun 1980.
    • Bank-bank sentral memiliki emas yang banyak dan mereka boleh jual bila-bila masa.
    • Jika anda tidak mengira lima tahun terakhir, saham emas tidak berjalan dengan baik.
    • Sejak  emas telah membuat langkah besar selama lima tahun terakhir, saatnya bagi emas untuk turun kembali.
    • Broker atau penasihat kewangan  anda mungkin tidak akan mengesyorkan pelaburan  emas.
    • Ya atau Tidak kepada Emas?

  3. Alasan untuk mengatakan YA kepada Emas
  4.  
    • Ringgit dan USD adalah lemah dan semakin lemah kerana dasar ekonomi nasional  dan dunia yang menunjukkan ia tidak akan berakhir.
    • Harga emas yang semakin naik kerana permintaannya yang tinggi.
    • Empat tahun terakhir adalah permulaan bagi  langkah  besar sama dengan tahun  70-an ketika emas bergerak dari $ 38 sampai lebih dari $ 800.
    • Bank-bank sentral di beberapa negara telah menyatakan niat mereka untuk meningkatkan pemilikan emas mereka bukan jualan.
    • Semua dana emas berada dalam uptrend jangka panjang dengan bullion, terkini tatacara baru tertinggi sepanjang masa.
    • Trend harga komoditi meningkat relatif terhadap kenaikan harga emas.
    • Sebahagian besar pengambilan emas dilakukan di India dan China dan permintaan mereka meningkat dengan peningkatan kekayaan mereka di dalam negara.
    • Dana emas mencapai rekod tertinggi pada tahun 2007 dan masih uptrend
    • Dasar kerajaan ekonomi AS selama berdekad-dekad terakhir telah diramalkan menyebabkan deficit disebabkan perbelanjaan kerajaan persekutuan yang tidak terkawal  dan defisit perdagangan juga meningkat. Kedua-duanya akan menyebabkan dollar kehilangan nilai antarabangsa dan akan meningkatkan harga pelaburan alternatif, seperti emas.
    • Ada lebih dari satu dolar Triliun ($ 1.500.000.000.000) hutang AS yang dimiliki oleh orang asing yang boleh dipulangkan dalam keadaan tertentu. Hal ini boleh menyebabkan penurunan besar dalam nilai dolar dan harga emas melonjak.
    • Emas adalah wang yang sebenar,kalis inflasi,penyimpan nilai yang baik dan matawang Islam pada zaman dahulu dan tidak mustahil satu hari ia akan kembali.
    • Jika anda percaya pada ‘beli rendah, jual tinggi, emas masih rendah, tetapi ia dalam keadaan mendaki.

Monday, April 11, 2011

Harga Emas Meneruskan Pendakiannya.

Syukur dengan nikmat rezeki yang melimpah ruah, ditambah lagi dengan kenaikan harga Emas yang semakin meninggi menjadikan kenaikan nilai aset pelaburan saya semakin berganda!!

Beruntung kepada anda yang telah merebut peluang keemasan ini, dan kepada yang masih berfikir2 lagi, jangan tunggu lama2, segera ambil peluang ini, dan cipta peluang kepada orang lain pula.

klik gambar untuk besarkan
Melihat kepada Analisis Teknikal trend semasa harga emas ini, saya menjangkakan yang harga emas akan membuat pendakian berterusan sehingga ke bulan Julai, dan jika jangkaan ini berlaku kemungkinan Retracement akan berlaku pada bulan Ogos sebelum pendakian diteruskan semula hingga ke akhir tahun 2011.

Kepada anda yang nak masih lagi berfikir samaada nak beli ataupun tak, secara peribadi saya menasihatkan agar anda beli segera!! Nasihat ini bukanlah kerana kepentingan saya, tetapi ikhlas untuk membantu kewangan dan kehidupan anda sendiri. Kalau anda nak beli, bolehla hubungi saya ya!

Fikir2kan dan selamat beramal!
Kredit to : http://www.pelaburjutawan.com

Tuesday, March 15, 2011

Kedai Emas Online RM600 Tunai

Assalamualaikum..

Mungkin skang ni makin ramai dah tau pasal syarikat Goldcrest Pavilion Sdn. Bhd ni..@ GCP. Secara rasmi saya dah pun join syarikat ni awal Januari 2011 dengan pemegang pasport kegemilangan AD1480. Asal nye saye cume nak beli rantai tangan 999 buat isteri, tetapi bile tgk harga emas keluaran GCP ni memang masyuk...tak pikir panjang terus register dealer. RM600 hinggit je...bole bukak kedai emas online. )

Mula lah kawan2 skang duk panggil saye tokey emas...satu ofis heboh.hadoi...diorang tanye gak ape yang duk hebat sangat GCP ni..Ok, bagi mereka yang baru nak jadi dealer atau nak beli emas ni saya cube terangkan skit kelebihan GCP ni.

Kos nak bukak kedai online : GCP menawarkan untuk menjadi dealer dengan serendah RM600 atau RM1k (mendapat peralatan pengedar emas).Pendaftaran sebagai dealer GCP dengan kedua nilai di atas melayakkan anda menerima perkhidmatan kos penghantaran percuma seumur hidup.Untuk memiliki stok,anda perlu mempunyai modal lain.Sekiranya modal anda tak besar,anda boleh memilih untuk menjadikan beberapa produk sebagai ‘sample’.Contohnya,sekeping gold bar,sekeping dinar dan seutas Rantai Tangan emas 999.Jika ada modal yang lebih besar,gunakan sebaiknya untuk menambah stok.Stok ini juga merupakan aset anda.

Produk :  gold bar gcp 10g,20g,50g dan 100g
Dinar emas 999
RT (rantai tgn ) 10g-50g emas 999
RL (rantai leher) 30g+ – 100g
Pamp Suisse

Overriding: introducer dpt rm100 ‘dealer get dealer’ komisen dan rm1/gram bagi setiap jualan dealer di bwhnya.

Harga produk : harga yang dipaparkan di web adalah harga pelanggan.Harga dealer akan dpt di login oleh dealer berdftr.Harga dealer kurang 5%-8% dari harga pelanggan.

Perkhidmatan: Produk boleh ditempah dari 10am-4pm,Isnin -Jumaat.Harga diupdate sekali sehari.
Anda harus membeli produk melalui dealer.Jika anda tidak mempunyai ‘introducer’ pihak syarikat akan meminta anda mencari ‘introducer’ yang terdekat dengan kawasan anda atau yang anda kenali secara online.Isikan nama dan kod agen mereka semasa mengisi borang pendaftaran di web GCP.
Urusan menjadi dealer harus melalui web  dan pembelian boleh melalui tempahan telefon dan online di web.

Serahan produk : membuat penghantaran produk yang ditempah  by kurier,terus sampai ke rumah dealer .Kehilangan produk ditanggung oleh syarikat.Haruslah membuat laporan polis.
Menyediakan modal untuk belian balik dari pelanggan.GCP juga menawarkan perkhidmatan menghantar produk terus kepada pelanggan,namun kehilangan tidak dijamin.Dealer harus menandatangani surat akuan akan bertanggungjawab dengan kehilangan barang kepada pelanggan.

Komisen: Mendapat kelebihan membeli dengan harga dealer iaitu  5%-8% dari harga yang dipaparkan  di web.Ini menyebabkan dealer boleh memberi ‘less’ kepada pelanggan dan ada juga yang mengikut harga web.Ini tidak boleh dipertikaikan kerana dealer mengeluarkan modal untuk menjadi dealer dan jika anda ingin membeli produk dengan harga lebih murah,anda boleh hubungi saya untuk menjadi dealer.

Prosedur membeli produk : perlu membeli melalui dealer.Jika dealer tidak mempunyai stok,dealer harus membuat tempahan.Jika mengambil terus di cawangan,boleh dapat segera,manakala melalui kurier mengambil masa 5-7 hari.

So, terpulang  kat kawan-kawan sama ada nak rebut peluang ni atau nak biarkan orang lain yang rebut lebih awal. Cume kalo betul2 nak berkecimpung dalam perniagaan emas ni kene ada ilmu yang secukupnye. Jangan main tibai tak tentu hala... :) Jangan segan silu bertanya pada mereka-mereka yang memang otai pasal bisnes ni.Jumpe lagi..n SELAMAT MAJU JAYA saya ucapkan.


Sunday, March 13, 2011

Perniagaan Emas GCP Memang Menguntungkan Anda

Salam,

Seperti yang anda sedia maklum, dalam urusniaga emas GCP para dealer disediakan dengan dua harga berbeza iaitu harga dealer dan harga pelanggan. Ini bermakna amalan dan konsep perniagaannya mengamalkan perkongsian keuntungan yang diraih dari pelbagai peringkat transaksi produk emas yang dikeluarkan.

Ini bermakna dalam sistem pemasaran produk emas GCP ia adalah selari dengan pemasaran produk yang diamalkan oleh pengeluar seluruh dunia iaitu ada eleman pembekal, pengeluar, pemborong/peraih, peruncit dan pengguna. Ia dapat diringkaskan sebagai berikut:


Jika berminat mudah sahaja untuk sertai kami:

Langkah 1: Pilih amount pendaftaran keahlian seumur hidup RM600(tanpa tool kit) atau RM1000(ada tool kit)

Langkah 2: Gunakan nama pengenal anda Saipulazizoe Bin Che Aziz AD1480 than daftarkan diri dengan penuh isikan butiran diri dipinta.

Langkah 3: Setelah selesai bank in wang ke dalam akaun Maybank GCP : 505103003954 mengikut amount pilihan anda dan submit transaksi ke sale@gcp.com.my dan mesej pada saya ke nombor 019-9294909 mengenai amount, tarikh dan masa bank in.

Langkah 4: Setelah terima password dan username tuan/puan ( biasa dihantar melalui email @ ke hondphone anda) boleh memulakan tempahan produk GCP secara online atau telefon pada hari bekerja bermula jam 10.00 pagi hingga 4 petang (Isnin hingga Jumaat).
 
Selamat Berniaga Emas :)

Saturday, February 26, 2011

Simpan 1 Dinar (Perkongsian Pintar- kutu emas)



Salam sejahtera kepada semua sahabat...

Seperti yang sahabat-sahabat Penjejak Emas sedia maklum bahawa harga emas setiap tahun sentiasa meningkat (purata 20%-30%). Ini menyebabkan ramai orang mengeluh kerana untuk memiliki emas , mereka terpaksa mengeluarkan wang yang banyak walhal harga 1 dinar sekalipun..

Hhhmm...Sekarang harga sekeping 1 Dinar sentiasa berubah-rubah mengikut harga emas semasa dunia. Mungkin ramai yang risau (tak risau bagi mereka yang banyak duit!!) untuk memilikinya. Tapi jangan risau atau gundah-gulana kerana sebenarnya kita mampu untuk memilikinya dengan melakukan satu perkongsian pintar. Yang saya maksudkan adalah dengan mengunakan konsep kutu.(Bukan kutu yang kat atas kepala tu...hehe ). Langkah pertama ada cuma perlu mencari rakan-rakan yang anda kenal dan percaya (kawan sepejabat@sahabat sejati@saudara mara) untuk menjalankan perkongsian pintar ini.

Sekiranya anda hanya menyimpan RM 100+- sebulan, maka anda perlu masa 7 bulan untuk membeli 1 dinar emas. Tapi mungkin selepas 7 bulan, anda terpaksa membayar lebih kerana kenaikan harga emas tersebut. Tetapi melalui konsep kutu emas ini, rakan-rakan perkongsian akan sama2 menyumbang dan berkongsi untuk membayar kenaikan harga emas tersebut. Kaedah kutu emas ini sesuai menggunakan 1 Dinar kerana ni je yang kita mampu....


Kaedah :

No Bulan Harga Pasaran Emas (RM) (Anggaran) Simpanan Seorang (RM)(Anggaran)
1 Mac 670 95.71
2 April 700 100.00
3 Mei 730 104.29
4 Jun 760 108.57
5 Julai 790 112.86
6 Ogos 820 117.14
7 Sept 850 121.43

Jadi, setiap orang akan mendapat 1 keping dinar emas berharga RM721.43 sekiranya menyimpan RM108.57 setiap bulan secara purata setiap bulan selama 7 bulan. Sekarang terpulang kepada sahabat-sahabat untuk meneruskan konsep ini sehingga akhir tahun. Sampai setahun 2 bulan confirm setiap orang dapat simpan 2 keping 1 Dinar berketulenan 999.9 seberat 4.25 gram..Berbaloi- baloi....:) Sekian n jumpa lagi.

"Simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit....lama-lama lagi mungkin jadi gunung kot .hehehe...".

Monday, February 14, 2011

Jadilah Penyimpan Yang Bijaksana

Salam Sahabat-Sahabat Emas,

Jom! Kita sama-sama jadi penyimpan yang bijak. Bagi mereka yang ada modal dalam buku bank...
Simpan sahaja duit kertas akan mendatangkan kerugian, kerana wang kertas terdedah kepadainflasi. RM 20,000 hari ini akan berkurangkuasa belinya pada 10 tahun akan datang.

Walaupun ianya dilaburkan dengan 8% setahun (ASB) ia tetap dianggap kurang berbaloi kerana matawang
mengalami kadar inflasi sekitar 4%.

Tetapi kalau anda ada RM 20000 itu anda simpan dalam bentuk emas, kalau anda simpan setahun nilainya dengan kadar kebiasaannya 27% akan menjadi RM 25,400. Kalau 10 tahun pasti akanmenjadi RM 54,000.

Tetapi menurut Dato' Saleh Majid (Bekas Pengarah BSKL) kenaikan harga emas adalah 250% dalam masa 5 tahun kebelakangan ini. Ianya bererti kalau RM20000 pada 5 tahun berikutnya akan ada kenaikan RM50000.

Maka duit anda menjadi RM70000 pada tahun 2015. Tanpa anda buat apa-apa! Goyang kaki dan hanya
dengan simpanan yang bijak! Itu cara orang kaya!

Kalau anda bijak dan celik, saya pasti di tangan anda pada hari ini sekurang-kurangnya ada 1 gram emas. Jika tidak pun bukalah akaun emas di bank yang ada di Malaysia ini. Tak mahal mana pun...:)

Mungkin kita anggap emas hanya untuk orang kaya, sebabnya kita kurang ilmu sedangkan orang lain yang lebih miskin dari kita sebenarnya sedang mula buat wang hanya dengan simpan emas.

Jika mahu menjadi penyimpan yang bijak, boleh bertindak dengan secepat yang mungkin. :)



Sunday, February 13, 2011

Kebenaran Berniaga Dari Bank Negara Malaysia

by Shamsul Anuar Md Ali on Monday, February 14, 2011 at 11:37am

KEBENARAN BERNIAGA EMAS OLEH BANK NEGARA MALAYSIA

by Shamsul Anuar Md Ali on Monday, February 14, 2011 at 11:37am
Tuan,

Kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 13 Februari 2011 mengenai
perkara di atas.

Kami ingin memaklumkan bahawa aktiviti membeli atau menjual emas
bukanlah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (Bank).  Sehubungan
dengan ini, tiada lesen khas atau kebenaran untuk berniaga emas
diperlukan daripada Bank. Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati
pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan
berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur.
Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan
mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi
pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga
boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank
dan Institusi Kewangan (ABIK).  Aktiviti pelaburan seperti yang disebut
di atas adalah menyalahi undang-undang.  Sekiranya tuan melabur di sini,
sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri.  Kami mengesyorkan agar
tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja.
Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi
kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk
senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman
web kami seperti di pautan berikut:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57
<http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57>

Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam
laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank
untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.

Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara
haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada
aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau
aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke Bank di alamat berikut:

Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-26987467
E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my <mailto:bnmtelelink@bnm.gov.my> 

Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan
isu-isu kewangan untuk makluman.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila
layari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan
http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm
<http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm>


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful,
sila layari
http://www.bankinginfo.com.my/ <http://www.bankinginfo.com.my/>  &
http://www.insuranceinfo.com.my/ <http://www.insuranceinfo.com.my/>

Terima kasih.

Fadhilah bt Zainal Abidin
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my <mailto:bnmtelelink@bnm.gov.my>

Friday, February 11, 2011

Harga Emas CGP

Harga Emas CGP (segram)

Salah satu prospek pilihan pelaburan emas Pendita ialah emas keluaran GCP. Menduduki carta pilihan pertama Pendita untuk pilihan harga emas yang mantap.

Kekuatan Emas GCP.

1. Emas GCP dijual dalam harga yang berlainan.

a. Harga Dealer (spread 8% dari harga pasaran). 

b. Harga pelanggan
Emas Kami Jual Kami Beli
Dinar 999.9 RM: 675/pc RM: 574/pc
Rantai Tangan 999 RM: 157.22/g RM: 133.64/g
PAMP SUISSE 5g RM: 840/pc RM: 714/pc
PAMP SUISSE 10g RM: 1,595/pc RM: 1,404/pc
PAMP SUISSE 20g RM: 3,085/pc RM: 2,715/pc
PAMP SUISSE 50g RM: 7,713/pc RM: 6,787/pc
PAMP SUISSE 100g RM: 15,079/pc RM: 13,496/pc
PAMP SUISSE 500g RM: 75,103/pc RM: 67,217/pc
PAMP SUISSE 1kg RM: 150,206/pc RM: 134,434/pc
Kemaskini pada : 07 Jan 2011 - 09:52:36

2. Sesiapa sahaja yang menjadi dealer GCP akan berubah menjadi tokey emas sebenar.

Beli harga dealer yang ditetapkan , jual harga pelanggan yang dicadangkan. Ini bermakna dealer GCP yang berhajat mahu menjual emas GCP sudah membawa sekali keuntungan 8% dari harga pelanggan dalam lingkungan RM12 hingga RM13 sebelum bertemu pelanggan lagi.

Dalam perjalanan otak sentiasa mencongak , berapa nak bagi harga minah lawa nie ya, berapa harga nak bagi pada mak datin ni ya. Ini bermakna dealer sudah mempunyai sejumlah harga emas untuk dibuat tawaran kepada pelanggan.

Testimoni 1: Pelanggan was-was dengan kualiti rantai tangan 999 20.70g GCP yang dibeli

Jualan rantai tangan GCP, Salah seorang ustazah yang ragu-ragu membeli emas GCP telah membuat survey di kedai emas sekitar Angsana dan Bandar Baru Uda.

keputusannya harga emas yang Pendita jual lebih murah daripada harga kedai emas (seingat Pendita harga emas dealer RM146.00, pendita tolak RM159/g walaupun harga pasaran ketika itu RM162.00).

Kesimpulannya Pendita jadi tokey emas, boleh dijual harga murah sedikit dan membantu insan yang mahukan emas yang Pendita jual.

Keadaan inilah yang Pendita nyatakan pada posting yang lepas, keluar dari akaun modal RM146/g, masuk semula RM159/g dalam akaun. Untung pendita (RM13.00 setiap gram).

3. Spread harga tinggi tapi lebih rendah dari kedai emas

Mahal dan merugikan kerana spread 12% hingga 17%.

Takut ke Pendita dengan kata-kata momoka begitu. Lu nak rugi apa bro. Lu ada minda yang mantop. Lu fikirlah wa sudah sediakan harga yang mantop iaitu harga dealer dan harga pelanggan.

Makanya jika anda mengatakan harga spread GCP melebihi 12%, belilah mengikut harga dealer, pilih emas yang paling mudah untuk dijual. Itupun lebih rendah jika dibandingkan dengan buy back oleh kedai-kedai emas.

Senang kata nak beli emas GCP atau tidak itu pilihan anda. Tugas Pendita share apa yang telah Pendita lakukan ke atas milik Pendita.

Testimoni 2: Uji harga rantai tangan emas 999 50.60g (RM146.00/g) mengalami penyusutan

Pada hari selasa 4/1/2011 Pendita telah menjaja rantai emas bernilai RM7387.00 yang baru keluar dari arrahnu yang memberi pinjaman atas nilai harga 24K. Sampai ke kedai Cina, Pendita suruh tauke Cina nilai. Lihat harga penilaian mereka pertama meminta RM5000.00(32.31%) bila digertak naik lagi RM6000.00(24.87) dan itu adalah harga mati. Yang kelakar tauke tu tanya berulang kali tentang harga belian Pendita. Pendita ziplah mulut. Lawakkan, takkan penjual nak beritahu harga belian.

4. Rantai emas 999 GCP mendapat nilai pajakan emas 999(24K). KPMJ telah menerima pajakan emas GCP Pendita dengan purity 24K pada 7/1/2011. Kira mendapat harga pajakan tertinggi hari ini di arrahnu mereka emas 999 (24K) RM158/g.

5. Single Price. Jual pada customer tiada penambahan upah tukang. Ini bermakna tiada manipulasi harga kerana Pendita menggunakan single price. Kalau ke kedai emas anda akan membayar dua harga untuk emas yang anda beli seperti berikut:

Jika harga tinggi, tauke emas akan memberi cas upah tukang yang kecil. Bila harga emas rendah, upah tukang akan dinaikkan.

Nukilan daripada Pendita Emas

Thursday, February 10, 2011

"ad1480" Perjalanan Emas Bersama GCP!!




Setelah berminggu-minggu membuat research mengenai Goldcrest Pavilion Sdn. Bhd akhirnya pada tarikh 06 Februari 2011 saya telah membuat keputusan untuk join bisnes ni bersama syarikat bumiputera 100%.  Pada pandangan saya GCP ni satu syarikat yang masih baru dan ramai tidak mengetahui kewujudan  produk GCP, keistimewaan GCP dan sistem perniagaan yang GCP kendalikan. Terima kasih kepada Pendita Emas, seorang guru yang memang otai dalam bisnes emas ni. Dalam diam-diam tidak ku sangka yang memang dah ramai orang melayu join syarikat ni. Alhamdulillah.....

"AD1480" Nombor Pengedar GCP.Trima kasih kepada GCP kerana telah memberi peluang untuk saya menjadi pengedar syarikat ni dan diharapkan syarikat ni akan terus berkembang maju untuk dimasa akan datang. InsyaALLAH...... :)