Monday, February 14, 2011

Jadilah Penyimpan Yang Bijaksana

Salam Sahabat-Sahabat Emas,

Jom! Kita sama-sama jadi penyimpan yang bijak. Bagi mereka yang ada modal dalam buku bank...
Simpan sahaja duit kertas akan mendatangkan kerugian, kerana wang kertas terdedah kepadainflasi. RM 20,000 hari ini akan berkurangkuasa belinya pada 10 tahun akan datang.

Walaupun ianya dilaburkan dengan 8% setahun (ASB) ia tetap dianggap kurang berbaloi kerana matawang
mengalami kadar inflasi sekitar 4%.

Tetapi kalau anda ada RM 20000 itu anda simpan dalam bentuk emas, kalau anda simpan setahun nilainya dengan kadar kebiasaannya 27% akan menjadi RM 25,400. Kalau 10 tahun pasti akanmenjadi RM 54,000.

Tetapi menurut Dato' Saleh Majid (Bekas Pengarah BSKL) kenaikan harga emas adalah 250% dalam masa 5 tahun kebelakangan ini. Ianya bererti kalau RM20000 pada 5 tahun berikutnya akan ada kenaikan RM50000.

Maka duit anda menjadi RM70000 pada tahun 2015. Tanpa anda buat apa-apa! Goyang kaki dan hanya
dengan simpanan yang bijak! Itu cara orang kaya!

Kalau anda bijak dan celik, saya pasti di tangan anda pada hari ini sekurang-kurangnya ada 1 gram emas. Jika tidak pun bukalah akaun emas di bank yang ada di Malaysia ini. Tak mahal mana pun...:)

Mungkin kita anggap emas hanya untuk orang kaya, sebabnya kita kurang ilmu sedangkan orang lain yang lebih miskin dari kita sebenarnya sedang mula buat wang hanya dengan simpan emas.

Jika mahu menjadi penyimpan yang bijak, boleh bertindak dengan secepat yang mungkin. :)



No comments:

Post a Comment